Tuesday 27 April 2021

Ceramah Sempena Nuzul al-Quran 1442H

 Ceramah Sempena Nuzul al-Quran 1442H



Penceramah : Dr Muhammad Amar bin Mahmad
Tarikh: 28/04/2021-Rabu
Masa : 8.30 pg- 10.00 pg
Tempat : Pusat Islam Luqman al_Hakim


Sempena dengan Peristiwa Nuzul al-Quran pada 17 Ramadhan 14412H pihak Pusat Islam Luqman al-Hakim dengan kerjasama Jabatan Pengajian Am telah menganjurkan ceramah Nuzul Al-Quran bertajuk "Surat Cinta Yang Diabaikan" yang telah disampaikan oleh Dr Muhammad Amar bin Mahmad, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah UUM. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tim.Pengarah Akademik En Nazri bin Kamis, Ketua-Ketua Jabatan, Pensyarah serta para pelajar PTSS. Pihak Pengurusan Pusat Islam PTSS merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.


Tuesday 12 January 2021

Program Webinar- Tajuk Muflis Dunia VS Muflis Akhirat

Program Webinar- Tajuk Muflis Dunia VS Muflis Akhirat


Tarikh : 19/1/2021

Masa : 9-11 pg

Program : webinar

Tajuk : Muflis Dunia vs Muflis akhirat

Lokasi : Google Teams



Insya-Allah satu program webinar Anjuran bersama antara Pusat Islam Luqman al-Hakim PTSS dan Unit Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pengajian Am PTSS akan diadakan pada tarikh seperti yang tertera di atas melalui Saluran Webinar Online. Program tersebut akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Hj Jafri b Abu Bakar Mahmud - Penceramah Bebas sebagai ahli panel dan Ustaz Mohd Azli bin Adnan sebagai moderator. Input yang akan disampaikan berkisar tajuk yang diberi iaitu Muflis Dunia VS Muflis Akhirat. Semua Pelajar dan Staff PTSS dijemput untuk meyertai program di atas. Anda boleh mendaftar dan meyertai program tersebut dengan menggunakan QR Code di atas.




 

Wednesday 21 October 2020

Program Wakaf Tunai Karpet Pusat Islam PTSS, Kolaboratif Pintar dan Program Teduhan Kasih.








Program Wakaf Tunai Karpet Pusat Islam PTSS, Kolaboratif Pintar dan Program Teduhan Kasih.


  • Hari : Khamis
  • Tarikh : 22/10/2020
  • Masa : 11.30 pg
  • Tempat : Pusat Islam Lukman al-Hakim PTSS


Agenda Program

  1. Kedatangan Para Jemputan
  2. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
  3. Ucapan Pengarah PTSS
  4. Pelancaran Program Wakaf Tunai Karpet Pusat Islam
  5. Ucapan Pengurus YaPEIM Zon Utara
  6. Penyerahan Sumbangan YaPEIM Zon Utara
  7. Tandatangan Sijil Kolaboratif Pintar
  8. Sesi Bergambar dan Majlis Bersurai











Wednesday 30 September 2020

Lawatan Penanda Aras Ke Pusat Islam Universiti Sains Malaysia

 













Lawatan Penanda Aras Ke Pusat Islam Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

ATURCARA PROGRAM  LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT ISLAM LUQMAN AL HAKIM,  POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN ARAU, PERLIS           

Tarikh:  30 September 2020 (Rabu)     

Jam:  10.00 pagi     

Tempat:  Dewan Muzakarah, Pusat Islam, USM

 

MASA    PROGRAM

10.15 pagi : Ketibaan Tetamu @ TADIKA ISLAM, PUSAT ISLAM

     

:  Persembahan oleh anak-anak Tadika  @ Perkarangan Tadika Islam.             

:  Sesi Fotografi @ Hadapan Masjid

:  Welcoming drink @ Dewan Makan

 

10.30 pagi : Bergerak  ke Dewan Muzakarah Pusat Islam, USM

 

 : Bacaan al-Quran oleh Qari, Pusat Islam USM

 : Ucapan aluan oleh  Ustaz Mohammad Shukri Bin Osman Pengarah Pusat Islam, USM

 : Ucapan oleh wakil Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis

 : Persembahan video korporat – Ustaz Nukman Bin Ahmad Zakir  

   Pembentangan oleh Ustaz Zayd Bin Zhari  Timbalan Pengarah

 :  Majlis Ramah Mesra @ Soal Jawab

 : Sesi penyampaian cenderahati

 

12.00 tengahari : Makan Tengahari        Bersurai